Orang Besar Jajahan Kinta Abdullah_Fadzil_Che_Wan

Selepas bersara dari politik, beliau dilantik sebagai Orang Besar Jajahan Kinta di Perak pada 2004 selepas namanya digugurkan. Jawatan ini diwaris daripada datuk moyang di negeri Perak. Tugas sebagai Orang Besar Jajahan Kinta adalah sebagai mata dan telinga kepada Sultan Perak selain menjalankan tugas sebagai penasihat kepada beliau dalam hal dan perkara berkaitan dengan dengan daerah Kinta.

Pada 2009, beliau menerima anugerah Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Diraja dari Sultan Perak.sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Ke-81 yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar. [3]